Rumah Mampu Milik Dan Berkualiti Dalam RMK10
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan membina sebanyak 78,000 unit baru perumahan awam yang mampu milik di seluruh negara dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), menurut laporan RMK10 yang dibentangkan di Parlimen pada Khamis.
Memelihara Alam Sekitar Dan Pada Masa Yang Sama Meraih Faedah Ekonomi
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Agenda Malaysia berkaitan alam sekitar di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) adalah memelihara alam sekitar dan pada masa yang sama meraih faedah ekonomi daripada proses tersebut.
Kerajaan Laksanakan Program Bantu Tingkatkan Keupayaan Orang Asli
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan program pembangunan bersepadu dan bantuan peningkatan keupayaan khusus bagi mengurangkan kemiskinan di kalangan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dan masyarakat Orang Asli di Semanjung Malaysia.
Penyediaan Utiliti Dan Perkhidmatan Awam Akan Dipertingkat
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Penyediaan utiliti dan perkhidmatan awam yang lebih cekap meliputi pengurusan sumber air, elektrik, jalur lebar dan sisa pepejal akan dipertingkatkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
Pendidikan Berkualiti Tingkat Pendaftaran Di Semua Peringkat Sekolah
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Pendidikan yang berkualiti dan mampu dibayar telah meningkatkan kadar kemasukan dan penyertaan di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah.
RMK10: Usaha Memperkasakan Wanita Akan Dipertingkatkan
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan terus menangani isu yang membelenggu wanita bagi membolehkan mereka memanfaatkan sepenuhnya potensi yang mereka miliki dan melibatkan diri secara lebih berkesan dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Rangkaian Pengangkutan Pelbagai Mod Akan Terus Dibangunkan
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Rangkaian pengangkutan pelbagai mod akan terus dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) untuk memperbaiki kecekapan perdagangan dan menambah baik sistem logistik di Malaysia.

