Laman Mikro
BERNAMA


MAS Tawar Pakej Hebat Di Pameran MATTA

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Malaysia Airlines bekerjasama dengan agensi pelancongan untuk menawarkan pakej pelancongan menarik di Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang berlangsung selama tiga hari mulai Jumaat.

RAM Ratings Batal Penggantungan Penarafan Bon Aldwich

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- RAM Ratings menarik balik penggantungan penarafan Bon Senior Sifar Kupon Kelas A dan Kelas B bernilai RM293 juta serta Nota Junior Kelas C dan Kelas D bernilai RM584 juta yang diterbitkan oleh Aldwich Bhd (Aldwich).

Axiata Akan Tawar Sehingga 20 Peratus Saham Xl Kepada Pelabur Institusi

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Axiata Group Bhd mengemukakan cadangan untuk menawarkan sehingga 20 peratus kepentingan ekuiti dalam anak syarikat yang dimiliki 86.5 peratus, PT XL Axiata Tbk, kepada pelabur institusi.

Kenyataan MTUC Mengenai Gaji Kakitangan Tidak Tepat, Kata Proton

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Proton Holdings Bhd hari Khamis berkata kenyataan oleh setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), G. Rajasekaran, yang mendakwa lebih 2,000 kakitangan Proton menerima gaji pokok bulanan sebanyak RM600 sejak 2003, tidak tepat.

Haier Sasar Perolehan 50 Peratus

PETALING JAYA, 11 Mac (Bernama) -- Berikutan tinjauan ekonomi yang lebih baik, kumpulan Haier, sebuah jenama utama global bagi peralatan elektrik, menyasarkan pertumbuhan jualan sebanyak 50 peratus di pasaran tempatan.

MARC Semak Naik Pertumbuhan KDNK Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) menyemak naik pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kepada 5.2 peratus bagi tahun ini daripada 3.6 peratus yang dianggarkan sebelumnya.

Gulf Petroleum Tempatkan Kompleks Minyak, Gas Di PD Bernilai RM17 Bln

SEREMBAN, 11 Mac (Bernama) -- Konsortium berpangkalan di Qatar, Gulf Petroleum Ltd, telah memilih Port Dickson (PD) untuk menempatkan kompleks minyak dan gas berintegrasinya yang bernilai RM17 bilion.