Laman Mikro
BERNAMA


Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) - Gerbang Berita Anda

Program Permata Insan Untuk Lahirkan Cendekiawan Islam Dilancarkan

NILAI, 12 Mac (Bernama) -- Program Permata Insan, khusus untuk mengenal pasti pelajar pintar untuk diberikan pendedahan dalam bidang akademik yang diintegrasikan dengan ilmu pengajian Islam bagi melahirkan cendekiawan Islam, dilancarkan Jumaat.

Pelakon Lelaki Ditahan Reman Berhubung Kes Edar Dadah

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Polis menahan reman seorang pelakon lelaki yang disyaki mengedar dadah jenis syabu dan kokain ketika serbuan di tempat letak kereta sebuah kondominum di kawasan Segambut di sini.

Malaysia-Sudan Akan Perkukuh Hubungan

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Malaysia dan Sudan bersetuju untuk memperkukuhkan hubungan khususnya dalam pendidikan dan perdagangan, kata Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay.

Penjawat Awam Perlu Lebih Responsif Terhadap Aspirasi Kerajaan - Muhyiddin

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu penjawat awam menjadi lebih responsif terhadap aspirasi kerajaan dan lebih prihatin terhadap denyut nadi rakyat melalui Program Transformasi Kerajaan.

Najib: Kita Perlu Ubah Ekonomi Malaysia Kepada Berdaya Saing

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia perlu mengubah ekonominya menjadi satu ekonomi yang berdaya saing serta kaya dengan pengetahuan dan teknologi yang dipacu dengan idea, inovasi dan bakat.

Bayi Juga Berisiko Diserang Kanser

KOTA BAHARU, 12 Mac (Bernama) -- Bayi seawal usia setahun juga berisiko menghadapi pelbagai jenis penyakit kanser, kata Pensyarah Kanan dan Pakar Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Dr Foo Leng Huat.

Keperluan Bot Ronda Kastam Mencukupi Pada Masa Ini

JOHOR BAHARU, 12 Mac (Bernama) -- Keperluan kapal dan bot peronda Kastam Diraja Malaysia untuk membanteras aktiviti penyeludupan di perairan negara adalah mencukupi pada ketika ini.

Raja Zarith Sofiah Minta NGO Buat Kajian Penyakit Mental

JOHOR BAHARU, 12 Mac (Bernama) -- Isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris meminta badan bukan kerajaan (NGO) melakukan kajian mengenai masalah penyakit mental untuk panduan orang ramai.