Bernama.com
Ekonomi 08 Ogos, 2008 22:51 PM
 
Bank Muamalat Tawar Pakej Pembiayaan Rumah Di Pameran Hartanah PKNS


SHAH ALAM, 8 Ogos (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd, pembiaya tunggal di Pameran Jualan Hartanah PKNS 2008 di sini menawarkan pakej pembiayaan rumah menarik di pameran tersebut.

Bank itu juga merupakan penganjur bersama pameran hartanah tersebut yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-44 PKNS di SACC Mall di sini sejak 2 Ogos.

Pameran tersebut menawarkan pakej pembiayaan rumah khusus kepada pembeli hartanah PKNS.

"Pameran hartanah ini tepat pada masa kerana Bank Muamalat ketika ini sedang menjalankan kempen pembiayaan rumah yang menampilkan tiga pengubahsuaian rumah eksklusif oleh Eric Leong (pereka dalaman selebriti Malaysia) bernilai RM60,000, RM35,000 and RM20,000 sebagai hadiah utamanya," kata bank tersebut dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Muamalat Refreshing Home Financing-i, boleh mengunjungi cawangan terdekat Bank Muamalat atau hubungi (03) 2615 7072 / 7105, atau layari laman webnya di www.muamalat.com.my.

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels